skpj-2.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG JAYA 2
JALAN TIONG, BANDAR PUCHONG JAYA, 47100 PUCHONG, SELANGOR. Tel : 03-80767004,
Faks : 0380762460 e-mel : skpj-2@zoom-a.com
| Laman Utama | Sekapur Sirih | Falsafah Pendidikan | Falsafah Sekolah | Visi & Misi | Doa Sekolah | Lagu Sekolah | Kurikulum | Hal Ehwal Murid | Ko-Kurikulum | Staf Akedemik | Staf Sokongan | PIBG | Berita Terkini | Info Pendidik | Enrolmen Pelajar | Aktiviti | Pautan | Panorama | Lawak | Pengarang | Untitled | BUKU PELAWAT | Logo Sekolah | MARQUEE | Pengarang | PENGARANG | Sejarah | Keputusan UPSR |

BERITA TERKINI

PERKEMBANGAN STAF
Pada 19 Julai lepas satu aktiviti perkembangan staf telah diadakan di bilik gerakan. Tajuk pada kali ini ialah Pembelajaran Interakrif Berasaskan Web. Semua guru melibatkan diri. Ramai guru berasa seronok apabila mendapat sesuatu ilmu yang baru dan berguna untuk meningkatkan kemahiran IT dalam pengajaran dan pembelajaran.
  
PELANCARAN HOTSPOT DAN LAMAN WEB SEKOLAH
Bertarikh 23 Jun 2008 isnin, sekolah ini mengadakan majlis pelancaran hotspot dan laman web Sekolah.

Hotspot atau dikenali wireless merupakan teknologi internet tanpa wayar. Pembinaan laman web sekolah pula merupakan satu era baru yang diterajui oleh sekolah ini seiring dengan kepesatan dunia IT dan tidak ketinggalan.

Majlis ini dirasmikan oleh YDP PIBG Sekolah iaitu En Azmi bin Mohd Noor. Di samping majlis pelancaran, majlis hari itu juga dilengkapi dengan pameran-pameran berkenaan teknologi baru dan juga pameran komputer.

Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dimana para ibu bapa dan semua warga sekolah berkumpul di dewan tempat berlakunya majlis pelancaran. Semua warga sekolah ini terlibat secara langsung dalam majlis ini. Majlis ini dengan kerjasama Pegawai Pelajaran Daerah, PIBG, Guru Besar,GPK Kurikulum, GPK HEM, GPK KO-Kurikulum Guru-guru, Schoolnet dan masyarakat setempat.

Setelah perasmian dilancarkan, para tetamu dijemput melawat tapak pameran. Bermula dengan kaunter web, teknologi Zoom-a, internet telefon, streamyx dan juga kaunter pameran komputer.

Di kaunter web, tetamu dikenalkan dengan web sekolah dan juga web komuniti sekolah-sekolah daerah Petaling. Di bahagian web, angtara aktiviti yang dilakukan ialah tetamu disarankan memasuki ruangan forum sebagai tempat untuk para ibu bapa berinteraksi dan berkomunikasi dengan pihak sekolah. Kaunter Zoom-a pula memperkenalkan teknologi baru yang memudahkan kaedah PNP (Pelajaran Dan Pembelajaran). Zoom-a merupakan teknologi yang lebih menjurus kepada pembelajaran  melalui internet.
  
Majlis ini tamat sekitar jam 12.00 tengahari. Diharapkan dengan adanya hotspot dan laman web ini, semua pihak dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya.
.
PROGREM RIMUP UNTUK SKPJ 2
 
Satu Progrem RIMUP anjuran PPD Petaling telah berlangsung di SKPJ 2 dengan kerjasama semua guru dengan murid. Progrem ini melibatkan semua murid yang berlainan agama dan bangsa. Tujuan utama progrem ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan diantara murid, masyarakat mahupun keluarga. Semasa aktiviti ini berlangsung tidak ada seorang pun yang tercicir dalam permainan yang dianjurkan. Antara permainan yang telah di adakan adalah seperti permainan Tengteng, Galah panjang dan Susun Tin. Semua permianan ini adalah berasal daripada permainan Tradisional yang terdapat di Malaysia. ( 18/6/2008 )
.
TAHNIAH KEPADA PUAN SUHAIDAH DAN SUAMI
Tahniah kepada Puan Suhaida dan suami kerana mendapat seorang lagi cahaya mata ( perempuan ). Kami warga SKPJ 2 sangat bersyukur kerana Puan selamat melahirkan dengan selamat. Moga-moga rumahtangga puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran orang baru. Selamat bercuti...
.
SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA USTAZAH NAZIHAH DAN SUAMI
"(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)"
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, "Semoga berbahagia dan ramai anak."

Mendengar yang demikian Aqil berkata, "Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian."

Mereka lalu bertanya, "Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?"

Aqil menjawab, "Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita".[1]

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, "Apakah ini?"

Abdul Rahman r.a. menjawab, "saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma."

Rasulullah s.a.w. bersabda, " (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash"[2]

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, "(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)"[3]

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan "Semoga berbahagia dan banyak anak."[4]

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

Wallahu’alam.

*Profdin serta warga SKPJ 2




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: