skpj-2.zoom-a.com |
||||
SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG JAYA 2 JALAN TIONG, BANDAR PUCHONG JAYA, 47100 PUCHONG, SELANGOR. Tel : 03-80767004, Faks : 0380762460 e-mel : skpj-2@zoom-a.com |
||||
| Laman Utama | Sekapur Sirih | Falsafah Pendidikan | Falsafah Sekolah | Visi & Misi | Doa Sekolah | Lagu Sekolah | Kurikulum | Hal Ehwal Murid | Ko-Kurikulum | Staf Akedemik | Staf Sokongan | PIBG | Berita Terkini | Info Pendidik | Enrolmen Pelajar | Aktiviti | Pautan | Panorama | Lawak | Pengarang | Untitled | BUKU PELAWAT | Logo Sekolah | MARQUEE | Pengarang | PENGARANG | Sejarah | Keputusan UPSR | |
Penyelaras ICT dan Makmal Komputer SKPJ 2 Alhamdulillah, berkat kesungguhan semua pihak yang terlibat, hasrat Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya 2 untuk mempunyai laman web sendiri yang bakal menjadi pemangkin dan jambatan penghubung dengan dunia luar menjadi kenyataan. SKPJ 2 umpama "Kecil-kecil cili padi". Biarpun hanya mempunyai empat blok bangunan yang masih serba kekurangan dan lokasinya yang terletak di kawasan bandar, SKPJ 2 senantiasa berusaha dan berdaya saing untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah yang sememangnya telah mempunyai nama sama ada dalam bidang akedemik, mahupun ko-kurikulum. Saya yakin, dengan kekuatan tenaga pengajar seramai tiga puluh lapan orang dan dengan bantuan empat orang staf sokongan serta tiga tenaga pekerja yang lain, SKPJ 2 berupaya melahirkan dan membentuk pelajar-pelajar yang mempunyai kecemerlangan yang tinggi dalam bidang akademik, ko-kurikulum, sahsiah diri, serta mempunyai jati diri yang unggul dan bersemangat cintakan negara yang jitu. Perkembangan dunia ICT yang semakin bertambah maju di Malaysia pada alaf baru ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi semangat guru-guru SKPJ 2 dalam usaha menceriakan dunia pendidikan di kalangan anak-anak didik. Seharusnya semua warga SKPJ 2 tidak ketinggalan turut menggunakan dengan optimum segala bentuk kemudahan IT/ICT di persekitaran terutamanya untuk menyampaikan dan menerima pengajaran dan pembelajaran secara lebih efektif dan berkesan. Justeru itu, saya amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana dalam usaha negara Malaysia menuju pendidikan bertaraf dunia, warga SKPJ 2 tidak ketinggalan turut sama berganding bahu untuk merealisasikannya. Akhir kata, saya amat optimis Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya 2 akan lebih dikenali oleh masyarakat dengan kejayaannya dalam pelbagai bidang. Sekian, terima kasih.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |